.jpg)
Bahan-Bahan:
- 2 Sudu butter
- 1 Bj bawang holland – dicincang
- 2 sudu tepung gandum
- 1 tin sos carbonara segera
- 1 kotak kecil susu full krim
- 1/2 kiub pati ayam
- sosej/sayuran kegemaran – dipotong kecil
- 1 keping cheese
Cara Membuat:
1. Panaskan dua sudu butter dan tumis bawang holland cincang, masak sehingga layu. Taburkan dua sudu tepung gandum dan kacau sebati. Masukkan sedikit air untuk lembapkan masakan.
2. Masukkan satu tin carbonara. Pesanan, 1 tin ni sahaja dah rasa masin ya. Elakkan tambah garam untuk masakan ini. Masukkan susu full krim, anggaran satu kotak kecil.
3. Seterusnya, masukkan separuh kiub ayam. Ingat jangan tambah garam dah. Tambah sosej yang dipotong kecil. Boleh juga campurkan lobak merah dan cendawan butang mengikut citarasa masing-masing.
4. Masukkan juga satu kepingan cheese. Nak bubuh sedap, tak bubuh pun sedap jer. Kacau masakan sehingga likat. Padamkan api dan biarkan ia sejuk. Bila inti dah siap, gulung popia macam biasa. Inti tak perlu banyak, sedang-sedang je.
5. Goreng popia macam biasa, api sederhana. Jaga-jaga bila makan, boleh melecur lidah sbb inti carbonara terlalu panas. Saya takde tip supaya popia tak meletup. Ikut jenis kulit popia, ada yang mudah meletup ada yang jenis kebal.
Sumber: Zurina Zulkefli