.jpg)
Jika anda teringin untuk merasai sendiri kelazatannya, jangan lupa untuk mencuba resepi penuh yang dikongsi di bawah ini. Resepi asam rebus ikan siakap ini nampak ringkas, tetapi dijamin membuatkan anda makan bertambah-tambah!
Pendek kata, asam rebus ikan siakap ini bukan sahaja sedap, malah sangat menyegarkan dan mampu membuka selera sesiapa sahaja yang mencubanya.
Bahan-bahan:
- Ikan siakap
- Serai
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang rose
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Kunyit hidup
- Cili api
- Cili merah besar
- Belacan
- Asam keping
- Garam, mushroom seasoning dan msg
- Bendi
- Daun kesum
Cara memasak:
1. Gaul ikan siakap dengan tepung untuk hilangkan hanyir. Perapkan seketika dan basuh bersih sebelum dimasak.
2. Kisar bahan kisar menggunakan chopper.
3. Selepas itu, tuangkan bahan kisar ke dalam periuk. Tak perlu letak minyak.
4. Tambahkan air sebanyak mana kuah yang dimahukan.
5. Kemudian, letakkan serai dan asam keping (lebihkan kalau suka masam).
6. Bila dan mereneh, masukkan garam, mushroom seasoning dan msg jika suka.
7. Masukkan ikan dan selepas reneh seketika, masukkan bendi.
Akhir sekali, masukkan daun kesum.
Selamat mencuba.
Sumber: Dea Noorfaizura