.jpg)
Kalau dah bosan asyik makan nasi, tengah hari ini apa kata jom cuba resepi bihun sup yang mudah dan ringkas ini.
Kalau ada yang mahu mencuba, mari kita pelajari resipi tersebut menerusi perkongsian oleh Puan Farah Din di bawah. Selamat mencuba!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bawang putih (diketuk)
- Bawang holland (dipotong)
- Fishcake
- Fishball
- Sayur sawi
- Tauge
- Telur
- Garam
- Gula
- Serbuk secukup rasa
- Sos tiram
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang holland.
2. Apabila sudah naik bau dan bawang bertukar warna keemasan, masukkan air mengkut kuantiti yang disukai.
3. Biarkan sehingga air mendidih, boleh masukkan fishball dan fishcake atau apa-apa lauk mentah yang disukai.
4. Pecahkan juga telur ke dalam sup.
5. Akhir sekali, masukkan sawi dan tauge. Atau apa-apa sayur yang disukai.
6. Hiaskan dengan bawang goreng, limau nipis atau apa sahaja yang kena dengan selera. Selamat mencuba!
Sumber: Farah Din