.jpg)
Menu ini memang sempurna untuk seisi keluarga. Teksturnya lembut, rasanya lemak manis, dan mudah disediakan. Kalau anda ingin buat dalam kuantiti kecil, gunakan separuh adunan sahaja dan loyang bersaiz 6 inci.
Ini resepi yang paling mudah untuk anda ikut. Jom baca!
Bahan A:
- 900ml air
- 100g tepung kastard
- 200g marjerin atau mentega
Bahan B:
- 500ml susu full cream
- 4 biji telur gred A
- 250g tepung gandum
- 300g susu pekat manis
- 30g gula pasir
- Secubit garam
- Sedikit esen vanila
Cara Penyediaan:
1. Campurkan air dan tepung kastard dalam periuk. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan marjerin atau mentega.
2. Masak campuran ini di atas api sederhana sehingga mendidih dan meletup-letup. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Matikan api.
3. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Anda juga boleh menggunakan blender untuk mendapatkan adunan yang lebih halus.
4. Tuangkan campuran Bahan B ke dalam periuk yang mengandungi Bahan A (yang telah dimasak). Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
5. Sapu sedikit minyak masak ke dalam loyang bersaiz 9 inci bulat atau loyang 10×10 inci. Ratakan minyak ke seluruh permukaan loyang.
6. Panaskan loyang seketika dalam ketuhar, kemudian keluarkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga permukaan bingka kelihatan sedikit hangus.
8. Biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Rasanya lebih enak jika dimakan dalam keadaan sejuk.
Selamat mencuba.
Sumber: Siti Suhaida Mohd Sani