.jpg)
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap jika digoreng garing? Bila makan peria goreng rangup ini, boleh ketagih dan makan tanpa henti!
Jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk menggoreng peria yang rangup dan sedap, jom kita lihat resepi peria goreng crispy daripada Dee Noorfaizura ini.
Bahan-bahan:
- Peria
- Garam (untuk meramas peria dan merendam)
- Tepung serbaguna
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Cuci peria hingga bersih, kemudian sagat setipis mungkin.
2. Setelah selesai menyagat, ramas peria dengan garam tanpa menggunakan air (kering). Kemudian, bilas hingga bersih.
3. Seterusnya, rendam peria dengan garam dan simpan dalam peti sejuk selama sehari.
4. Selepas sehari, toskan air dan lap peria dengan tisu untuk mengeringkannya.
5. Taburkan tepung serbaguna ke atas peria dan gaul hingga sebati.
6.Goreng dalam minyak panas hingga garing dan keperangan. Pastikan peria tidak bergumpal untuk memastikan ia rangup.
Apabila warnanya bertukar keemasan keperangan, angkat dan toskan minyak. Siap!
Sumber: Dea Noorfaizura