.jpg)
Jika anda peminat hidangan shellout, ini adalah salah satu pilihan yang perlu anda pertimbangkan kerana memang jimat masa.
Sumber asal dan siapa yang memperkenalkan hidangan ini ke negara kita tidak diketahui, tetapi yang pasti, ramai yang menyukai konsep makanan yang mudah dan santai ini.
Hendak menyediakannya pun mudah, yang penting. harus guna bahan-bahan yang segar. Pasti anda akan puas hati. Mari kita cuba resipi daripada Noor Atika Mahamood seperti yang tertera di bawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 kg ketam
- 1/2 kg sotong
- 1/2 kg udang
- 1 biji jagung manis **potong dan rebus
- 6 biji bwg merah
- 6 biji bwg putih
- halia besar ibu jari
- 5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis pedas.
- 4 batang serai *diketuk
- 3 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan serbuk kari ikan Baba’s
- 2 tangkai daun kari
- 4 helai daun limau purut
- Carrot, brokoli, bunga kubis agak2-agak je
- 1 kiub ayam
- sedikit hirisan lemon *hiasan*
Cara-cara penyediaan:
1. Potong dan Celur
-Mula-mula kita potong sayur carrot, brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali. Kemudian celur dengan air panas. Masa celur ketam, sotong dan udang, air rebusannya simpan sedikit utk masukkan dalam sos/kuah nanti.
2. Kisar bawang
-Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia. Ketepikan.
3. Tumis
-Kemudian masukkan daun kari dan barulah masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari
-Masukkan bancuhan serbuk kari,lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi.
5. Tambah sos tiram dan sos cili
-Kemudian masukkan sos tiram, sos cili.
6. Masukkan bahan-bahan lain dan perasakan
-Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam/ kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.
7. Gaul sebati
-Masukkan seafood. Balik-balikkan sampai sebati. Dah siap dan boleh lapik meja dan tuang shellout di atasnya. Nikmat makan bersama nasi panas-panas.
Selamat mencuba.
Sumber: Noor Atika Mahamood