.jpg)
Jadi solution untuk tak nak risau dia tak makan, saya ambil ilmu sikit dari group masakan. Berbekalkan lauk frozen untuk 8 hari. Harap sedap dan kekal bertenaga lah suami saya tanpa saya disisi. Terima kasih semua yang kongsi tips untuk LAUK FROZEN. Halalkan ilmu yang saya gunakan ya.
- Ayam masak sambal
- Rendang ayam
- Ayam masak kicap berempah
- Kari sardin
- Ikan masak sambal
- Ikan masak lemak
Petua atau Tips Untuk Lauk Frozen:
1. Masak macam biasa je lauk tu semua. Frozen di sini bukan maksudnya lauk tak habis kita simpan ya, memang akan lari rase lauk tu. Kita frozenkan lauk yang baru siap dimasak.
2. Lebihkan minyak masak sebelum mula menumis.
3. Kalau ada asam keping, letak asam keping (optional) supaya lauk lebih tahan lama.
4. Masak macam biasa sampai pecah minyak. Biarkan sejuk baru masuk bekas. Kalau ada yang nak letak sayur atau any daun (kesum, kunyit, sup & dll) boleh letak waktu last masa dah tutup api. Jadi nanti bila panaskan tak kecut awal daun-daun yang kita buh tu. Make sure semua dah naik minyak baru letak dalam freezer. Masa lauk tengah panas atau suam jangan masuk lagi tau.
5. Once dah defrost, tak boleh dibekukan lagi. Boleh mengundang bakteria.
6. Masak dan bahagikan dalam bekas untuk sekali makan sahaja. Tutup bekas bila makanan dah betul-betul sejuk dan bekukan dalam peti sejuk.
7. Boleh tahan up to 6 bulan kalau betul cara penyimpanan.
Cara Saya Panaskan Lauk Frozen:
Defrost then masuk microwave for 3-5 minit. If takde microwave, guna kaedah kukus/hangatkan balik dalam kuali api kecil ya. So takkan berubah rasa instead of kita goreng or masak semula dalam kuali.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurfarahin Mazlan