Resepi Kerabu Pucuk Daun Kari Menu Sedap Yang Patut Cuba



Kita cuma selalu dengar kerabu pucuk paku, kerabu mangga dan beberapa jenis kerabu yang lain. Pucuk daun kari biasanya dijadikan ulam, tidak pernah melihat ia dijadikan kerabu pucuk daun kari.

Sebenarnya ia tidaklah seperti yang disangka kerana ada cara untuk menghilangkan bau tersebut. Pasti ramai yang pelik dan tertanya-tanya adakah tidak berbau apabila dimakan nanti.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • Kelapa parut
  • 8 biji cabai Melaka (cili)
  • Cabai besar (cili merah)
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Kisar semua bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • Isi ikan, udang (direbus asing)
  • Kerisik
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Bawang besar (dihiris/potong nipis)
  • Daun kari

Cara penyediaan:

1. Leraikan daun kari, ambil daunnya sahaja. Ramas, gaul dan rendam dengan air garam selama 15 minit untuk buang bau.

2. Kemudian, bilas dan tapis daun kari. Gaul bersama semua bahan-bahan yang sudah dikisar serta bahan-bahan lain.

3. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Nadzirah