Resipi Ayam Sambal Lada Daun Kesom Memang Padu



Masak lauk apa tengah hari ni? Boleh cuba resepi ayam sambal lada daun kesom campur dengan timun. Menu ni sedap sangat makan dengan nasi putih panas-panas. Boleh pi sampai 2 pinggan nasi.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (gaul garam kunyit dan goreng jangan garing)
  • 1-2 batang serai (diketuk)
  • 1 batang timun jepun (buang biji dan potong kecil)
  • 2 ikat daun kesom
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
  • 3 kali renjis sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis

Bahan Kisar Kasar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 10 pcs cili padi siam (merah)
  • 10 pcs cili padi siam (hijau)
  • 1 pcs cili besar merah
  • Sebesar ibu jari halia

Kisar kasar semua bahan dia atas ini.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, masukkan serai dan goreng hingga naik bau. Masukan bahan kisar dan tumis hingga elok masak.

2. Seterusnya, masukan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kacau lagi hingga naik minyak. Masukkan sedikit air dan biar mendidih ganas baru masukan ayam dan daum kesom.

3. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Masukan timun, kacau rata dan terus tutup api. Selepas masukan timun jangan lambat tutup api nanti timun tak rangup dah. Selamat Mencuba.

Sumber: Mariana Zainal