
Ok jom tengok resipi cikgu buat. Untuk sukatan 600g daging.
Bahan Kisar Lumat:
- 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 1 ulas bawang putih
- 3 hirisan nipis serai
- 1 keping nipis lengkuas
- 1 1/2 keping halia
- 1 sudu besar ketumbar yang disangai (kisar kering asing lagi baik)
Cara Memasak:
1. Panaskan sesenduk minyak. Tumis serai dan lima sekawan hingga naik bau dulu. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan ketumbar sangai. Tumis sehingga kekuningan. Seterusnya masukkan 7 sudu besar rempah kerutuk.
2. Guna api paling perlahan. Cikgu memang tak campur air lagi. Takkan hangit sebab cikgu jaga je kat situ sambil kacau-kacau sehingga terbit minyak. Cara ni sebab cikgu nak rempah bau lebih wangi.
3. Barulah masukkan secawan air + secubit asam jawa. Kacau sebati dan tutup dengan tudung periuk. Dalam 5-6 minit bahan jadi pecah minyak. Barulah masukkan perasa peringkat pertama;
- nisse
- garam
- gula
- perencah
Segala kuantiti ikut atas citarasa sendiri.
4. Cuci bersih daging selepas dihiris. Saiz lebar dan sedikit nipis. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati. Tutup semula tudung periuk. Reneh daging dalam api perlahan selama 1 jam 30 minit (bergantung kepada tahap keliatan daging).
5. Nanti selang 20 minit balik-balikkan. Masa ni juga tambah air kalau daging belum empuk. Garam gula pun boleh tambah jika kurang rasa. Dah lembut, baru boleh masukkan santan. Cikgu guna santan kotak je. Kalau asli lagi baiklah. Santan ni cikgu guna 90-95 ml. Tambah air kosong 3/4 gelas.
6. Masukkan perisa peringkat kedua. Yang ni atas citarasa sendiri nak tambah lagi ke tak. Yang penting kena ada lada solok dan kerisik 1 sudu besar. Renehkan lagi 20 minit dalam api perlahan. Siap. Aroma gulai daging kerutuk memang semerbak wangi baunya.
Sumber: Afy AL Habibi