Resepi Gulai Ikan Utara Pekat, Padu Dan Penuh Rasa



Kalau teringin lauk kampung yang penuh rasa rempah, wajib cuba gulai ikan style utara ni. Kuah dia pekat, pedas manja, lemak berkrim – memang ngam dengan nasi panas. Sekali cuba, confirm rasa macam balik kampung.

Bahan-bahan:

  • Ikan (jenis ikan mengikut citarasa masing-masing)
  • Sepeket rempah kari ikan
  • Sesudu serbuk kari daging
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halis seinci (dihiris)
  • Daun kari
  • Halba
  • Dua sudu sos tiram (di bancuh dengan air)
  • Air asam jawa
  • Garam

Cara-caranya:

1. Mula-mula, bancuhkan rempah kari dengan bawang merah sudah dikisar tadi.

2. Kemudian, panaskan minyak lalu tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang dihiriskan tadi tu bersama daun kari sehingga naik bau.

3. Selepas itu, masukkan rempah yang sudah dibancuh tadi dan teruskan menumis sehingga naik bau dan garing.

4. Kemudian, masukkan bancuhan sos tiram tadi bersama air asam jawa sehingga menjadi likat pekat lalu masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.

5. Selepas itu, masukkan sedikit garam, bendi, tomato dan ikan.

6. Biarkan seketika dan agak-agak nampak masak boleh lah ditutup.

7. Masak nasi seperti biasa dan kemudian siap hidangkan bersama lauk untuk dijamu selera.

Siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!

Sumber: Zana Mokhtar