.jpg)
Bahan doh minyak:
- 2 ½ cawan tepung gandum
- ¼ cawan minyak masak (dipanaskan)
- Secubit garam
- Air secukupnya ( air suhu biasa )
Bahan doh marjerin:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 2 sudu makan shortening
- ½ cawan marjerin atau lebih
Cara memasak:
1. Untuk membuat doh minyak, satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
2. Untuk membuat doh marjerin pula, satukan semua bahan dan sebatikan sehingga ia menjadi doh.
3. Kemudian, bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
4. Ambil satu doh minyak dan leperkan. Selepas itu masukkan doh marjerin di dalamnya.
5.Tutupkan doh dengan menarik doh minyak sehingga menutupi doh marjerin tadi. Bulatkan dengan sempurna sehingga menjadi bulatan doh dan rehatkan selama 5 minit.
6. Ambil 1 doh dan canaikan. Selepas itu, sapukan sedikir air di atas permukaan doh. Elakkan meletak terlalu banyak supaya ia tidak lembik. Cukup sekadar calit-calitkan sahaja.
7. Gulungkan doh tadi dan letak memanjang.
8. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
9. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini dan potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
10. Kemudian, ambil seketul dan canaikan doh itu untuk membuat lapisan karipap. Buat langkah-langkah membuat karipap dan gorengkan seperti biasa sehingga rangup.
Selamat mencuba!
Sumber: Mas Cotek