.jpg)
Kalau tengah cari lauk yang cepat, sedap dan buat orang tambah nasi, inilah dia – Udang Spicy Sweet Sour! Gabungan pedas, manis dan masam ni memang buat rasa meletup dalam mulut. Simple je nak masak, tapi rasa dia premium.
Bahan-Bahan:
- Udang (dikupas hingga tinggal kaki dan ekor)
- Cili kecil ditumbuk lumat (kuantiti atas tahap kepedasan yang diingini)
- 2 biji perahan limau nipis
- Serbuk cili kering kasar
- Halia muda (dicincang halus)
- Daun ketumbar (dicincang halus)
- Gula perang (gula putih pun boleh)
Cara-Caranya:
1. Mula-mula, celurkan dahulu isi udang yang sudah dikupas tadi.
2. Sementara itu, gaul sebati cili kecil, perahan air limau nipis, serbuk cili kering, halia, daun ketumbar dan gula.
3. Kemudian, perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa sendiri. Boleh juga letak sos ikan kalau ada.
4. Selepas itu, masukkan isi udang yang sudah dicelur tadi dan gaul sebati.
Siap! Sedia untuk dimakan bersama seisi keluarga!
Sumber: Qema Fazri