Cara Goreng Tempe Yang Sedap Pasti Ramai Belum Cuba



Apa yang lagi menarik, tekstur di luarnya rangup tapi di dalam lembut. Kalau cicah dengan sambal kicap, memang cukup power!

Cara masak tempe goreng ini memang lain dari biasa. Sekiranya anda penggemar makanan yang rangup dan berempah, memang kena cuba resepi ini.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resepi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah.

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (jumlah yang sama dengan tepung gandum)
  • Tepung gandum (jumlah yang sama dengan tepung beras)
  • 1 sudu jintan putih
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari (digunting halus)
  • Air
  • Perencah sedap (atau garam jika tiada perencah sedap)
  • Tempe (untuk digoreng)

Cara-cara:

1. Campurkan tepung beras dan tepung gandum dalam jumlah yang sama.

2. Tambahkan sesudu jintan putih dan serbuk kunyit.

3. Gunting daun kari halus dan masukkan ke dalam campuran tepung.

4. Masukkan air dan perencah sedap (atau garam jika tiada perencah sedap).

5. Gaul semua bahan hingga sebati.

6. Masukkan tempe dan gaul rata.

7. Goreng tempe sehingga keemasan.

Siap untuk dihidang! Selamat mencuba.

Sumber: Salmah Muhamad