Resepi Cekodok Labu Sedap Makan Tak Jemu



Boleh tahan sedap juga cekodok labu ini rupanya. Kalau buat pagi, sampai ke malam pun masih lembut dan lazat. Labu bukan sahaja boleh dijadikan pengat atau sira, malah ia boleh digunakan untuk membuat cucur labu.

Pasti ramai yang tidak pernah mencubanya kan? Namun begitu, ada tips yang perlu dilakukan agar cucur tidak menyerap minyak semasa sedang menggoreng.

Kalau nak tahu apakah tips dan resipi lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Puan Zurila Ghani di bawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Labu
  • Santan
  • Air
  • Sedikit garam
  • Tepung gandum
  • Susu pekat manis

Cara memasak:

1. Kupas kulit labu, potong kecil dan cuci sehingga bersih.

2. Kemudian, rebus labu bersama santan, sedikit garam dan sedikit air sehingga tenggelam labu. Rebus sehingga empuk.

3. Apabila sudah siap rebus, angkat ke dalam mangkuk. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis, tak perlu letak gula. Pastikan adunan tidak terlalu lembik untuk elak serap minyak. Paling penting, lebihkan tepung dari labu.

4. Goreng menggunakan api sederhana. Jangan guna api besar, risau bahagian dalam belum masak.

5. Berkali-kali makan pun tak puas, lembut dari pagi sampai ke malam.

Selamat mencuba.

Sumber: Zurila Ghani