Resipi Garlic Sauce Ala Kedai Arab Confirm Jadi



Dikenali sebagai “Toum” atau “Toom,” dalam bahasa Arab dan popular di kawasan Timur Tengah. Sos ini terkenal dengan rasa bawang putih yang kuat dan krim yang lembut.

Garlic sauce yang sedap dan pekat ini, biasanya sangat sesuai digunakan sebagai pelengkap atau bahan untuk meningkatkan rasa hidangan.

Ia biasanya digunakan sebagai pelengkap atau sos penyedap untuk hidangan seperti daging panggang, kebab, ayam panggang, dan hidangan laut. Ikuti resipi penuh dari perkongsian Afiqah Hairi ini.

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu besar gula
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)
  • 1 sudu teh madu – optional

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas dan cincang halus bawang putih.

2. Dalam mangkuk, pukul telur dengan garpu sehingga rata.

3. Tambahkan cuka epal, jus lemon, gula, garam, dan lada hitam ke dalam telur. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga tercampur rata.

4. Masukkan bawang putih yang telah dicincang ke dalam campuran telur. Kacau rata.

5. Panaskan minyak jagung dalam satu bekas secara perlahan-lahan di atas api sederhana.

6. Semasa minyak sedang dipanaskan, masukkan campuran telur, cuka epal, dan bawang putih ke dalam minyak. Kacau secara berterusan sehingga campuran ini mula mengelembung dan menjadi pekat.

7. Selepas itu, masukkan minyak jagung secara perlahan-lahan sambil terus mengacau campuran. Pastikan untuk menyatukan minyak dengan campuran telur dengan perlahan-lahan agar sos tidak terpisah.

8. Teruskan memasukkan minyak dan kacau sehingga campuran menjadi pekat dan konsisten.

9. Selepas mencapai kepekatan yang diinginkan, matikan api.

10. Tambahkan madu (jika menggunakan) dan kacau lagi sehingga tercampur rata.

Sos bawang putih siap disajikan. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Afiqah Hairi