Resepi Fruit Pastry Cake Mudah Confirm Jadi



Dua tiga hari sebelum raya banyak dapat order kek ni. Alhamdulillah ramai suka. Siapa nak resepi boleh amik sini.

Bahan A

  • 100g Salted Pure Butter
  • 160g Gula Castor
  • 60g Yogurt

Bahan B

  • 4 biji Telur B
  • 1 tsp Esen Vanila

Bahan C

  • 210g Tepung Naik Sendiri

Cara Membuat:

1. Pukul bahan A sehingga butter menjadi putih dan kembang. Kemudian masukkan pula bahan B iaitu telur satu persatu. Pukul sehingga sebati.

2. Masukkan bahan C dan pukul sekejap sahaja bagi rata. Jangan terlalu lama.Tuang dalam loyang saiz 8 inci. Susun buah kesukaan seperti peach, strawberry, blueberry atau kiwi.

3. Tips tak nak buah tenggelam jangan potong tebal. Potong nipis sahaja. Bakar suhu 150 selama 40-45 minit mengikut oven masing².

4. Untuk mengelakkan kek mendap, selepas kek masak terbalikkan kek di atas redai dan terbalikkan semula di atas papan kek. Bila kek dah sejuk boleh la ditabur dengan dusting powder sebagai hiasan.

Sumber: Tuan Adriana Arissa