Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai Sedap Tak Terkata



Kombinasi rasa yang mencukupi, dari rasa pedas, masam, manis yang seimbang, ditambah dengan aroma daun limau purut, membuat hidangan ini tidak pernah cukup hanya dengan sepinggan.

Ikan sambal adalah hidangan yang sering kita nikmati setiap hari. Mari cuba versi lain iaitu Ikan Kembung Masak Pedas ala Thai ini. Hidangan ini biasanya disajikan bersama nasi, sayur lemak putih, atau sayur goreng, dan merupakan kombinasi yang sangat memuaskan.

Walau bagaimanapun, jika kita selalu menghidangkan hidangan yang sama, mungkin kita akan merasa bosan dan jemu. Apa kata, anda mencuba pula resipi versi ikan sambal yang ini.

Sambal untuk hidangan ini tidak menggunakan bawang merah, tetapi mempunyai rasa serai dan sedikit limau purut yang memberikan cita rasa yang lazat. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh mengikuti perkongsian Muza Muzawati ini.

Bahan utama:

  • Ikan kembung – gaul dengan garam dan kunyit dan goreng
  • Daun limau purut – dihiris
  • Bawang holland – dihiris

Bahan kisar:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • 3 batang serai
  • 6 ulas bawang putih

Bahan sos:

  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Ikan kembung harus dicuci bersih dan disapu dengan kunyit dan garam.

2. Goreng ikan tersebut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan bahan-bahan sos dan gula secukupnya. Gaul rata.

5. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuahnya. Agak-agak saja. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng tadi.

6. Gaul sehingga rata dan tutup api.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Muza Muzawati