Resepi Puding Jagung Untuk Pencuci Mulut Sangat Sedap Bila Sejuk



Jika ada yang mahu mencubanya, ikuti resepi lengkap yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Mas Cotek di bawah.

Resepi puding jagung ini sangat berbeza dari yang lain kerana tidak perlu menggunakan tepung kastard sama sekali. Walaupun tidak menggunakan tepung kastard, puding jagung ini tetap menjadi pejal dan lembut elok apabila dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung krimer
  • 1-2 sudu makan perasa jagung

Cara penyediaan:

1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut.

2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus.

3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati.

4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan.

5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang.

6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesusian.

7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Mas Cotek