Resepi Mi Goreng Tahan Lama Tak Kembang Dan Tak Serap Kuah



Resepi perkongsian oleh Riana Samad ini dijamin kekal likat dan berkuah walaupun selepas semalaman. Contohnya jika masak pada waktu malam, keesokan pagi ia masih basah. Selamat mencuba!

Siapa yang masih failed setiap kali masak mi goreng basah? Jom kita sama-sama belajar resepi mi goreng ini beserta tips untuk mengelakkan mi menyerap kuah dan seterusnya menjadi kembang.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning (rendam dan tos)
  • 3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 sudu cili giling
  • Secubit asam jawa
  • Sotong, bebola ikan, daging (hiris)
  • 1 biji bawang (hiris)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 5 sudu sos tiram
  • Kicap manis
  • Sayur

Cara memasak:

1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai dah tak mentah dan naik bau wangi.

2. Masukkan semua sos. Tumis lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan sesuku cawan air baru masukkan udang daging dan bebola. (Pastikan sesuku cawan sahaja, tumis lagi sampai masak)

3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili. Air jangan banyak sebab nanti mee jadi kembang dan kuah dia akan kering.

4. Ini tips supaya mee berkuah dan basah walaupun guna air sikit. Pastikan letak sos tomato, cili dan tiram dalam kuantiti yang banyak. Pastikan jangan kedekut sos gais. Jadi yang memekatkan mee tu adalah sos bukan air.

5. Masukkan mee dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa. Apabila hampir masak, boleh masukkan tauge dan kacau sebati.

6. Apabila semua sudah sebati boleh tutup api. Tak perlu letak garam dan gula sebab segala sos tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mee.

7. Akhir sekali, boleh tambah hirisan daun sup dan bawang goreng. Perahkan juga limau nipis baru lagi terangkat! Selamat mencuba.

Sumber: Riana Samad