.jpg)
Untuk mendapatkan rendang daging yang cantik, cukup pecah minyak dan lembut digigit, ia memerlukan masa dan kesabaran. Menggunakan dapur gas biasa, proses memasak mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam untuk hasil yang berbaloi.
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging lembu
- 1 cawan santan pekat
- 1 keping asam keping
- 1 keping gula nise
- 3 batang serai – diketuk
- 1 helai daun kunyit – dihiris halus
- 1 cawan kelapa parut – digoreng kering dan ditumbuk (kerisik)
Bahan-Bahan Kisar
- Segenggam lada kering – direbus dan ditos
- 1 biji bawang besar merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 2 jejari kunyit hidup
- 2 sudu besar ketumbar
Cara-Cara Memasak
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau wangi.Masukkan serai, asam keping, gula nise, dan daging. Kacau rata dan biarkan daging mengeluarkan jusnya.
- Masukkan santan pekat dan masak menggunakan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
- Tambahkan kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan sehingga rendang kering mengikut citarasa.
- Teruskan memasak sehingga daging empuk dan cukup pecah minyak. Angkat dan hidangkan.
Tips Tambahan
- Gunakan daging bahagian batang pinang atau bahu untuk tekstur yang lebih lembut.
- Masak dengan api kecil supaya daging tidak liat dan kuah tidak hangus.
- Lebih lama dimasak, rendang akan lebih sedap kerana perapan rempah lebih sebati.
Penutup
Rendang Daging adalah hidangan tradisional yang kaya dengan aroma rempah dan rasa lemak santan. Ia sesuai dihidangkan bersama lemang, ketupat, atau nasi putih panas. Selamat mencuba!
Resepi ini dikongsi oleh: Mizah Ngatiman