Resepi Sekaya Telur, Kuih Tradisional Pantai Timur



Salah satu kuih tradisional popular dan menjadi kegemaran ramai terutamanya penduduk Pantai Timur. Rasa lemak manis gula melaka memang sedap. Sesuai untuk buat sarapan pagi ni.

Bahan-Bahan:

  • 10 biji telur gred b/c
  • 1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla

Cara-Caranya:

1. Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut (potong nisang kecik-kecik dan blend).

2. Masukkan telur, kacau sampai sebati (jangan dipukul ya, kacau slow-slow je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.

3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak (cucuk lidi, kalau tak melekat).

4. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk.

Nota:

  • Salah satu cara lagi, panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan. Yang ni tak perlu guna esen vanilla.
  • Tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan, secubit garam dan telur. Kacau slow-slow sahaja, tapis dan kukus.

Sumber: Imah Rahman