Resepi Kari Telur dan Kentang Kuah Pekat Sedap


Hari ni masak kari telur. Walaupun cuma telur tapi nak memasak kari ni guna banyak bahan-bahan dan ambil masa yang lama. Tapi memang puas hati apabila hasilnya memang sedap.

Bahan-Bahan:

  • Telor ayam – 10 bj (rebus)
  • Kentang – 5 bj (kupas, belah 4, bilas & toskan)
  • Daun kari – 10 btg (dibuang batang & cuci)
  • Bwg besar blended
  • Bwg putih blended
  • Halia blended
  • Pati ayam – 1 kiub
  • Minyak masak – 1 cawan
  • Kari ayam jenama babas – 5 sudu makan
  • Kari ikan jenama babas – 3 sudu makan
  • 4 sekawan (kayu manis – 2 batang, bunga lawang – 4 kuntum kecil, bunga cengkih – 4 bj & buah pelaga – 4 bj kecil. Bilas & tos)
  • Asam keping – 2 keping kecik (bilas)
  • Santan kotak (200gm) 1 1/2 kotak

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, masukkan 4 sekawan, bawang besar blended (8 sudu makan), bawang putih blended (3 sudu makan), dan halia blended (1 1/2 sudu makan). Tumis dalam 5 minit dengan api kecik. Masukkan daun kari. Biar bau daun kari naik semerbak. On off kacau dalam 10-15 minit.

2. Masukkan serbuk kari ayam babas dan serbuk kari ikan babas ke dalam periuk (terlebih dahulu campurkan 2 serbuk kari ni ke dalam 1 mangkuk). Masukkan sedikit air sahaja untuk disebatikan. Biar likat dan bukan cair, kacau rata.

3. Tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Kacau sentiasa sehingga pecah minyak. Elakkan hangit. Api dapur kena sedang. Memang amek masa sikit sebab nak tunggu kari ni pecah minyak sambil tu kacau.

4. Masukkan kesemua kentang yang telah dibelah-belah. Kacau guna sudip kayu yang peper. Jangan guna senduk ya nanti kentang hancur. Hancurkan dan masukkan serbuk pati ayam kiub. Masukkan asam keping. Kacau rata.

5. Bila kari dah pecah minyak. Masukkan santan. Kacau on off sehingga santan pecah minyak. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan telor rebus. Masa ni kentang pon dah sedang elok. Empuk tapi tak pecah. Dah boleh tutup api dapur.

Nota Kecil Buat Semua:

1. Biasa saya camporkan bahan-bahan masakan agak-agak jek. Sukatan di atas ni ikut anggaran saya yang terbaik buat sis semua.

2. Kari yang biasa-biasa tiada yang special ingredients saya buat untuk anak-anak selama ni.

3. Bila tumis, memang saya akan guna minyak masak secawan. Bila agak kurang minyak masa memasak, saya akan tambah sedikit lagi. Dalam 1-2 sudu makan.

4. Bila dah siap masak tu, saya akan ambil kitchen paper yang warna putih tu untuk serapkan minyak atau guna senduk keluarkan lebihan minyak dalam masakan kari tu.

5. Ada yang bertanya pasal periuk yang saya guna. Periuk ni sebenarnya daripada periuk nasi elektrik. Dah rosak almaklom hadiah kahwin saya dulu. Dekat 30 tahun yang lalu. Sayang nak buang periuk dalamnya. Masih boleh guna. Jadiknya saya gunakan pakai periuk ni untuk masak lauk kat dapur.

6. Bawang besar, bawang putih dan halia tu semua memang dah ada saya siap blended untuk stok seminggu dua.

7. Masak kari yang saya buat ni memang amek masa. Dan mintak maaf ya semua, saya memang kurang cekap dalam masak-masak ni jadiknya memang amek masa kalau saya masak. Maaf kalau ada yang terkurang. Terima kasih semua.

Sumber: De Norms Latorel