Resepi Nasi Beriyani Seperti Rumah Kenduri



Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap-sedap dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan. Lihat resepinya di bawah..

Bahan-Bahan:

  • 1kg beras basmathi (basuh toskan)
  • Sedikit daging dan tulang untuk amek stok je (daging tu nanti buat kari pulak)
  • 2-3 labu Bawang besar*
  • 6 ulas bwg putih*
  • 2 inci halia*
  • 5-6 biji buah keras

*Separuh dihiris separuh diblend

  • 3 helai daun pandan
  • Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih untuk tumisan
  • 1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni)
  • 1 senduk minyak sapi + sedikit minyak masak
  • Suku tin kecil tomato puri
  • 1/2 tin tomato sup
  • 3 sdb oren sunquick
  • Sedikit jagung segar dan kismis
  • Sedikit gula batu dan garam secukup rasa
  • Secawan susu cair
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan bahan tumisan dan bawang-bawang yang hiris. Dah garing masukkan tulang dan daging.

2. Kacau sekejap baru masukkan air biar sampai mendidih untuk ambil stok daging. Pastu angkat daging dan tulang tu ketepikan.

3. Masukkan bahan blend, renih sekejap dan masukkan rempah briani. Biar memekat. Masukkan tomato puri, tomato sup, gula batu, dan oren Sunquit.

4. Nampak dah masak cantik masukkan air. Bila dah menggelegak, masukkan beras dan susu cair. Masukkan jagung dan kismis. Tengok kalau air kurang tambahkan sedikit air.

5. Nak masukkan dalam rice cooker pun boleh, lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan-bahan tu, sahabat-sahabat boleh la agak-agak ye. Sebab biasa ayah saya masak untuk banyak.

Sumber: Nor Shakinah Md Zainal