Resepi Jejari Kentang Cheese Mudah, Rangup Dan Cheesy



Jejari Kentang Cheese ni memang padu! Rangup, cheesy & mudah sangat nak buat. Sesuai untuk kudapan petang atau bekal anak. Jom try resepi simple ni!

Bahan-Bahan:

  • 500 gram kentang
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 5 keping cheddar cheese (dipotong kecil)
  • Garam halus
  • Daun bawang
  • Daun sup (dihiris halus)

Cara-Cara:

1. Kupaskan semua kentang yang disediakan dan basuh sebersih-bersihnya. Kemudian, kukus kentang tersebut sehingga masak.

2. Selepas semua kentang masak, keluarkan dan lenyekkan kentang sehingga teksturnya halus. Ketepikan seketika.

3. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan hingga sebati dan menjadi seperti doh.

4. Untuk bentuk, terpulang mengikut citarasa anda sendiri sama ada untuk membuatnya dalam bentuk memanjang atau bulat.

5. Setelah selesai membentuk, panaskan minyak dan goreng kentang sehingga warna nampak kekuningan.

Siap! Mudah saja kan? Pasti anak-anak pun turut berselera menjamunya. Selamat mencuba!

Sumber: Aleen Aireish