Resipi Puding Lumut Butter Gebu Dan Harum – Wajib Cuba



Kalau tekak rasa nak yang sejuk, lembut dan manis-manis lemak, memang kena try Puding Lumut Butter ni. Senang sangat nak buat, tapi hasil dia macam dessert hotel. Jom cuba.. confirm repeat!

Bahan agar-agar lumut:

  • 2 biji telur
  • 200 ml santan kotak
  • 4 cawan air
  • ¾ cawan gula (atau terpulang mengikut tahap kemanisan yang diingini)
  • ½ sudu besar garam
  • Pewarna hijau

Bahan butter:

  • 3 biji telur
  • 100 gram butter
  • ½ tin susu pekat
  • Serbuk agar-agar
  • 1 sudu esen vanilla
  • Gula

Cara-cara:

1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan pudding yang disediakan ke dalam satu bekas. Kacaukan sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan sebungkus serbuk agar-agar dan pewarna hijau. Jika semuanya sudah sebati, teruskan menuang ke dalam periuk.

3. Masak pudding sambil mengacaunya dengan api yang perlahan. Tunggu sehingga teksturnya nampak berketul dan mendidih, kemudian tutup api. Biarkan seketika sehingga puding agak sejuk.

4. Apabila sudah agak sejuk, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.

5. Untuk lapisan butter, campurkan kesemua bahan yang disediakan dan kacau sehingga rata dan sebati.

6. Kemudian, masakkan satu paket serbuk agar-agar dan 3 cawan air dengan api yang perlahan.

7. Selepas agar-agar sudah kelihatan agak larut, tutupkan api dan masukkan butter yang telah dikacau tadi.

8. Hidupkan semula api dan masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

9. Selepas butter sudah masak, tuangkan sedikit demi sedikit di atas agar-agar lumut tadi sehingga ia menutupi lapisan agar-agar lumut. Kemudian, sejukkan dalam peti ais.