Resepi Sos Cheese Meleleh Ala KFC – Buat Sendiri Lagi Jimat & Sedap



Kadang tu craving nak cicah kentang goreng dengan sos cheese meleleh, tapi malas nak beli mahal-mahal. Ha, buat sendiri je! Senang, cepat, dan rasa dia confirm padu. Jom try resepi sos cheese simple ni. Sesuai untuk semua jenis kudapan.

Bahan-bahan:

  • ½ ketul butter
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh air)
  • 4 keping cheese
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Pewarna kuning
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Mula-mula, cairkan butter di dalam bekas dan kemudian masukkan susu cair.
 
2. Masukkan tepung pula dan gaulkan adunan tersebut sehingga rata.
 
3. Selepas itu, masukkan 4 keping cheese yang telah disediakan. Teruskan mengacau lalu masukkan serbuk lada hitam, kiub ayam, garam dan pewarna.
 
4. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati. Untuk tahap kepekatan adalah terpulang mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

Siap! Selepas ini, and pun boleh makan kentang bersama sos cheese homemade ini ambil menonton rancangan kegemaran di waktu petang. Selamat mencuba!

Sumber: NisZa Mi