.jpg)
Biskut Bangkit Kelapa ni bukan sekadar biskut – setiap gigitan bawa balik kenangan lama. Bau kelapa yang wangi, tekstur yang lembut, dan rasa yang cukup lemak. Sesuai sangat untuk dinikmati bersama keluarga sambil santai petang.
Bahan-Bahan:
- 2 ½ cawan tepung ubi
- 1 ½ cawan tepung gandum cap ros
- 1 biji telur
- 1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250g
- 1 cawan gula
- 1 penutup esen vanilla
- 2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak
Cara-Caranya:
1. Masukkan mentega, gula, esen vanilla dan telur ke dalam bekas. Kemudian, pukul sehingga kembang dan sebati. Sambil memukul adunan, masukkan tepung sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan
2. Kemudian, masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan. Selepas itu, masukkannya ke dalam acuan biskut sperti dalam gambar atau terpulang mengikut citarasa masing-masing.
3. Terap bakar selama 20 minit atau keperangan. Pastikan anda memanaskan dahulu ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius.
4. Apabila sudah cukup masak, biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, masukkan dalam bekas kedap udara.
Siap! Kini anda boleh menikmatinya di rumah sambil menonton rancangan kesukaan bersama keluarga. Selamat mencuba!
Sumber: Shanasz Aisy