Resepi Teh Masala Viral Sedap Dan Menyegarkan



Teh Masala ialah minuman tradisional berempah dari India yang terkenal dengan aroma harum dan rasa yang menenangkan. Disediakan dengan campuran teh, susu dan rempah ratus, ia sesuai dinikmati pada waktu pagi atau petang yang dingin.

Bahan-Bahan:

  • 2 ke 3 liter air
  • 4 sudu besar daun teh Cameron highland
  • Bunga cengkih
  • Buah pelage
  • Jintan manis
  • Kayu manis
  • Halia seketul
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu susu tepung
  • 2 sudu besar gula
 
Cara-Cara:

1. Panaskan air yang telah disediakan tadi ke dalam periuk dan masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.

2. Kemudian, masukkan bunga cengkih dah buah pelaga, jintan manis dan kayu manis.

3. Selepas itu, ketuk halia lalu masukkan ke dalam periuk. Tunggu sehingga teh mendidih dan naik baunya.

4. Sementara itu, masukkan susu tepung yang sediakan tadi ke dalam cawan lalu tuangkan sedikit air dan kacau hingga sebati.

5. Kemudian masukkan susu segar, susu pekat serta 2 sudu besar gula dan kacau hingga sebati.

6. Selepas itu, masukkan susu yang sudah siap dikacau ke dalam teh tadi. Kacaukan hingga sebati dan biarkan ia mendidih.

7. Untuk ‘presentation’ yang cantik, tarik dulu sebelum dihidang seperti di kedai mamak.

Siap untuk diminum!