Resepi Sos cheese Leleh Memang Pekat Dan Berkrim



Sos cheese leleh yang pekat dan berkrim ini sesuai dimakan bersama kentang goreng, burger, nachos, atau ayam goreng. Resepi ini mudah, cepat dan menggunakan bahan yang senang didapati. Rasa lemak cheesy memang buat tak puas makan.

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk cream cheese
  • 2 kotak whipping cream
  • 2 tin susu cair/segar
  • 6 sudu besa susu pekat (optional)

Cara-Caranya:

1. Mula-mula, masukkan cream cheese ke dalam bekas adun bersama susu pekat.

2. Selepas itu, adukkan kedua-dua bahan menggunakan mixer sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream dan teruskan mengaduk sehingga ia kembang dan pekat.

4. Masukkan susu cair/segar dan adukkan sehingga sebati. Pastikan ia menjadi lemak berkrim dan kemudian tuangkan ke atas kek.

5. Kalau rasa nak leleh lagi, tambahkan lagi susu cair/segar.

6. Letakkan juga cheese parut apa-apa jenama mengikut citarasa masing-masing.

Dah siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!

Sumber: Shafiqah Muhamad