.jpg)
Chicken grill ni memang menu paling senang, sihat dan sedap! Perap awal-awal, lepas tu bakar je atas kuali atau air fryer. Rasa dia juicy, berempah, dan wangi menusuk hidung. Sesuai untuk makan malam atau hidang tetamu. Jom cuba, confirm licin sepinggan.
Bahan – Bahan:
- Ayam
- Sos lada hitam jenama Kimball (Dalam pack senang dan jimat)
- Serbuk Rosemary Herbs
- Serbuk Tyhme Herbs
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Gula (lebihkan sedikit)
- Campur air panas / air suam sikit je
Cara-Caranya:
1. Basuhkan ayam yang sudah disediakan terlebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, biarkan ia kering seketika.
2. Setelah ayam sudah kering, masukkan sos lada hitam ke dalam sebuah bekas. Tambahkan sedikit air panas atau air suam sekiranya sos kelihatan terlalu pekat.
3. Kacaukan sehingga air yang ditambah tadi dengan sos tersebut sebati dan masukkan garam, serbuk thyme herbs, rosemary serta serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan gula. Untuk ini, gula perlu diletak lebih supya dapat diserap ke dalam isi ayam semasa diperap.
5. Kacaukan kesemua bahan tadi hingga sebati lalu masukkan ayam dan perap semalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih enak.
6. Apabila sudah cukup masa memerap, bakar perapan ayam tadi ke dalam air fryer pada suhu 200°c selama 17 minit.
Siap untuk dihidang! Mudah saja penyediaannya kan? Menu ini sangat sesuai dimakan bersama seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Selamat mencuba!
Sumber: Cik Merpati Putih