.jpg)
Suami tegur setakat sardin je pun nak amik gambar ke???. OK jom kite bukti kan berapa ramai peminat sambal sardin dekat sini. Nah saya share masak sardin cara saya yang pasti sedap.
Bahan-Bahan:
- Sardin botan
- Halia diketuk (lebih lagi sedap)
- Bawang merah+bawang puteh+cili padi merah tumbuk (pada xsuka pedas boleh tukar cili kering kisar)
- Air asam jawa/air limau nipis (jgn kedekut biar hilang hanyir)
- Bawang besar potong bulat, cili padi ketuk
- Kentang digoreng
Cara Membuat:
1. Tumis bahan tumbuk/cili kering kisar tumis sampai naik bau, masukkan halia ketuk, cilipadi, sos sardin sampai mendidih msuk sardin air asam jawa, kentang, gaul2 manja jangan sampai sardin hancur bila sambal dah masak boleh masukkan bawang yang dipotong bulat. Letak sedikit garam/perasa siap!
2. Cara saya memang tak goreng dulu sardin tu sebab suami tak suka tapi kalau ikut sebijik resepi saya bagi insyaallah ikan tak hanyir, halia ketuk dgn air asam jawa tu bahan paling wajib dalam sambal sardin baru lah sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Mawar Merah