Resepi Mee Rojak Ayam Pekat & Padu – Sekali Rasa Nak Lagi


Alhamdulillah siap dah Mee rojak Ayam, puas makan bile dapat buat sendiri ni. Boleh buat masa bulan ramadhan nanti.. Ada siapa2 nak resepi tak.. kalau nak nanti mekza share di sini ye.

Bahan Untuk Kuah:

  • 1 cawan kacang tanah (goreng dulu dan kisar)
  • 1 senduk @ 1/2 cawan cili kisar
  • 6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
  • 1 labu bawang merah besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
  • 3sdb gula (secukup rasa)
  • 2sd garam (secukup rasa)
  • 1sd gula merah (secukup rasa)
  • 500ml air (secukupnya)
  • Air asam jawa

Nota: kuah rojak ni mesti manis, tak cair sangat, tak pekat sangat

Bahan Sampingan Lain:

  • Ayam goreng
  • Cucur udang @ cekodok
  • Timun
  • Sengkuang
  • Taugeh
  • Tauhu goreng
  • Cili hijau besar
  • Telur ayam rebus

Nota: semua bahan ni dihiris dan dipotong

Cara Buat Kuahnya:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan. Bila minyak dah timbul baru masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

2. Selepas itu masukkan kacang yang dikisar, biskut marie yang dikisar. Tuang sedikit air, bagi dia agak-agak cair.

3. Lepas tu, biarkan dia mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.

4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah ckup boleh tutup api.