Resipi Agar-Agar Lumut Pandan Dalam Acuan Lompang



Nampak tu? Warna hijau cantik menawan, rasanya pasti sedap. Agar-agar lumut pandan, letak dalam acuan lompang mudah sikit. Senang nak keluarkan dan makan nanti.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 5-6 helai daun pandan diblend bersama 800ml air (4 cawan)
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 2 ketul gula batu
  • 250 ml santan pekat
  • 1 biji telur ayam – masukkan dalam santan kacau rata
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau gelap

Cara Membuat:

1. Blend daun pandan bersama 800ml air. Tapis ambil airnya. Bancuh agar-agar serbuk dahulu dengan sedikit air supaya tidak berketul. Masak agar-agar serbuk bersama air pandan, gula pasir dan batu tadi hingga mendidih dan gula larut. Tambahkan pewarna hijau.

2. Dalam bekas lain, masukkan santan, telur dan secubit garam dan kacau. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi. Kacau sebentar. Stop kacau, biarkan larutan santan dan agar-agar tadi betul-betul mendidih. Dalam 1-2 minit. Kacau semula beberapa ketika kemudian tutup api.

3. Bilas acuan lompang dengan air sebelum tuang bancuhan agar-agar tadi. Sejukkan dan boleh dihidang. Lebih sedap jika dihidang selepas disimpan dalam peti sejuk. Dapat dalam 35-38 biji guna acuan lompang. Selamat mencuba.

Sumber: Hazila Baharudin