Resepi Puding Kastad Jagung Simple Tapi Sedap



Kadang-kadang, pencuci mulut paling simple tu lah yang paling sedap. Puding Kastad Jagung ni contohnya – tak banyak gaya, tapi rasa dia memang buat orang ulang makan.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung manis
  • ¾ cawan gula pasir (sukatan mengikut citarasa masing-masing)
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • ½ sudu the garam

Cara-Caranya:

1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan yang telah disediakan ke dalam periuk.

2. Kemudian, kacaukan semua bahan sehingga rata dan sebati.
 
3. Selepas itu, letakkan periuk di atas stove dan masak adunan tadi dengan api yang perlahan.
 
4. Kacau sekerap-kerapnya sehingga tekstur adunan kelihatan pekat dan berkilat.
 
5. Kemudian, tutupkan api dan cedokkan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar

6. Selepas siap, masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.

Siap! Mudah sahaja penyediannya kan? Selamat mencuba!

Sumber: Cik Nor