.jpg)
Sotong goreng rangup memang jadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi bila luar dia garing, dalam pula lembut dan juicy. Bila cicah dengan sos Thai, pergh… terangkat! Cara ni mudah sangat nak buat, tak guna banyak bahan pun. Jom cuba sendiri, confirm jadi dan puas hati.
Pemilihan Sotong
Untuk mendapatkan sotong yang rangup dan tidak meletup-letup ketika digoreng, pastikan anda memilih sotong yang segar ketika membelinya. Ini supaya hasil gorengan sotong nanti akan jadi lebih padu dan berbau harum.
Toskan Sotong Hingga Kering
Sekiranya anda tidak dapat membeli sotong yang segar, ada cara yang lain anda boleh gunakan. Caranya adalah dengan menyiang dan membasuh sotong seperti biasa. Kemudian, potongkan sotong dan toskan air sehingga sotong betul-betul kering. Ini untuk memastikan minyak tidak akan meletup-letup ketika menggoreng sotong.
Tepung Salut
Gunakan dua jenis tepung untuk menyalut sotong sebelum digoreng rangup. Satu ialah tepung yang kering, mana satu lagi yang sudah siap digaul bersama air. Setelah siap mengeringkan sotong, masukkan sotong ke dalam sebekas tepung kering. Golek-golekkan sotong sehingga sebati dan rata. Kemudian, celupkan pula ke dalam adunan tepung yang basah dan gaulkan hingga sebati.
Kuantiti Minyak
Bagi memastikan sotong tepung goreng yang sangat rangup, pastikan anda menggunakan kuantiti minyak yang banyak untuk menggorengnya. Untuk ini, gunakan kuali yang besar supaya minyak dapat diletakkan dengan banyak dan dapat mengelakkannya dari kuali tersebut. Pastikan juga anda menggunakan api yang besar semasa menggorengnya.
Siap! Selepas ini boleh lah penggemar sotong goreng tepung mencubanya dirumah tanpa perlu risau terkena percikan minya lagi. Sotong pun dapat dimakan denga rangup! Semoga tips ini bermanfaat untuk semua.
Sumber: Murni Rahmat