Resepi Ikan Rebus Thai Sedap - Masam, Pedas Dan Padu



Kalau bosan dengan ikan goreng, apa kata cuba resepi ikan rebus versi Thailand ni? Masam, pedas, wangi, memang menyegarkan! Sesuai untuk yang nak makan sihat tapi tetap nak rasa meletup. Jom try, confirm licin pinggan.

Bahan-bahan:

  • 15 ekor ikan
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 batang serai
  • ½ sudu garam
  • 6 ulas bawang putih
  • Segenggam asam keeping
  • 15 helai daun limau purut
 
Cara-caranya:

1. Mula-mula, masukkan bahan-bahan yang disediakan tadi ke dalam periuk.

2. Kemudian, masukkan pula 15 ekor ikan dan susunkan dengan rapi di dalam periuk. Anda juga boleh meletakkan cili jika mahu. Lalu, masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.

3. Rebuskan selama setengah jam dengan api yang kecil. Rasa sedikit kuah tersebut untuk mendapatkan rasa yang diingini. Sekiranya terlebih masin atau manis, tambahkan air panas sedikit.

4. Tambahkan 1 cawan air panas jika anda lebih suka ikan rebus ini berkuah.

5. Anda juga boleh gorengkan juga, namun perlu berhati-hati kerana ia agak meletup-letup ketika digoreng. Gunakan api perlahan dan tutupkan dengan penutup periuk.

Siap! Sangat sesuai dihidang panas-panas dan dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!