Resepi Oreo Cheese Cake Tanpa Bake Yang Super Creamy



Tak ada oven? No problem! Resepi Oreo Cheesecake tanpa bake ni confirm jadi penyelamat. Mudah gila nak buat, tak perlu bakar, rasa pun mewah macam kedai. Sesuai untuk pencuci mulut atau buat surprise manis untuk orang tersayang.

Bahan Base:

  • 30 keping biskut oreo dikisar (asingkan cream tengahnya)
  • 3 sudu besar butter/marjerin

Cara-Caranya:

  • Hancurkan biskut keping oreo yang telah diasingkan dari cream tadi.
  • Cairkan butter dan kemudian masukkan oreo untuk digaul sehingga sebati.
  • Selepas itu, tekan-tekan ke dalam loyang sehingga isinya padat dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang ½ jam.

Bahan Filling/ Chese Cake:

  • 250 gm cream cheese
  • 200 ml whipping cream
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 15 keping oreo (1 bungkus dipatah²kan)
  • 1 sudu besar galetin
  • 2 sudu besar air panas (larutkan galetin ke dalam air panas)

Cara-Caranya:

1. Pukul cream cheese dan gula castor sehingga teksturnya menjadi kembang.

2. Masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan cream oreo yang di asingkan dari bahan base tadi, lalu teruskan mengadun.

3. Kemudian, masukkan whipping cream dan gelatin, lalu adunkan lagi hingga sebati

4. Selepas itu, masukkan oreo yang sudah dipatah-patahkan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatula.

5. Tuang ke dalam loyang base tadi dan sejukkan selama 5 jam atau semalaman.

Dah siap! Selamat mencuba!

Sumber: Mas Cotek